Wednesday, October 1, 2014

(Bagaimana) Tips Atasi Masalah Senggugut Wanita



Tips Atasi Masalah Senggugut Wanita


Tahukah anda? Senggugur atau PMS perubahan hormon yang terjadi sewaktu menstruasi atau datang bulan.. kesan dari perubahan hormon wanita menyebabkan interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas dan berkait rapat dengan serotonin. Apakah kaitan serotonin dan senggugut? Apakah tips untuk atasi masalah senggugut wanita? Jom kita berkongsi info menarik dalam artikel ini.

Apakah kaitan Serotonin dan Senggugut?

Serotonin atau neurotransmitter. Neurotransmitter adalah bahan kimia yang menghantar impuls saraf merentasi sinaps; sinaps adalah ruang di antara sel-sel saraf. Menurut kajian University Bristol di England, serotonin terlibat dalam fungsi tubuh badan seperti:

- Selera makan
- Tidur
- Memori
- Pembelajaran
- Suhu Badan
- Mood
- tingkah laku
- Pengucupan otot
- Kemurungan
- fungsi Kardiovaskular
- Metabolisme tulang
- Migrain


Manakala symptomps senggugut berkait rapat dengan fungsi serotonin dalam tubuh. Terdapat lebih 200 simptoms senggugut atau PMS telah di kenal pasti antaranya; kemurungan; sensitif; kembung perut; kejang otot; pening kepala dan jerawat; Simptoms yang muncul ketika datang bulan adalah manifestasi perubahan hormone dan interaksi dengan serotonin dalam tubuh wanita.

Bagaimana mahu mengatasi masalah senggugut wanita? jom kita berkongsi 10 tips atasi masalah senggugut wanita.

Tips pertama
- Kurangkan pengambilan gula/garam. Ini untuk mengelak masalah kembung perut

Tips kedua
- Kurangkan Pengambilan Caffein. Kafein menyebabkan tubuh badan kurang menyerap zat dari makanan dan menyebabkan keletihan dan kekurang nutrisi.

Tips Ketiga
- Kurangkan pengambilan Daging Merah. Proses penghadaman daging merah lebih complex. Maka tukar kepada makanan yang lebih mudah di hadam seperti sayuran dan buahan.

Tips Keempat
- Tidur dan Rehat dengan mencukupi. Luangkan waktu siang untuk tidur dan berehat. Pada waktu siang; tubuh berada dalam keadaan yang penat disebabkan kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu tubuh memerlukan istirahat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang.

Tips Kelima- Memakai pakaian yang longgar Ketika menstruasi. Suhu badan wanita akan meningkat sedikit. Maka tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa.

Tips Keenam
Mandi air panas. Segarkan tubuh dengan mandi menggunakan air panas. Ia dapat memberikan rasa selesa dan , tubuh juga menjadi lebih bersih.

- Tips KetujuhLakukan senaman Menstruasi bukanlah halangan untuk menghentikan aktiviti bersenam. Walaupun ada yang beranggapan ia hanya menambahkan kesakitan tetapi jika dilakukan dengan betul dan konsisten, ia boleh bertukar menjadi ubat paling mujarab dan melegakan.

- Tips Kelapan
Pengambilan Makanan yang kaya dengan Kalsium dan Zat Besi untuk menganti semula darah yang telah hilang. Kajian telah membukti pengambilan kalsium tambahan dapat mengatasi masalah senggugut wanita.

- Tips KeSembilan
Pengambilan Vitamin E . Vitamin E adalah penting dan merupakan komponen hormone wanita. Kajian saintifik juga telah membukti pengambilan vitamin E tambahan dapat mengurangkan masalah senggugut wanita.

Tips Kesepuluh
- Amalkan pengambilan EMORRA BE SLYMM kerana khasiat-khasiat EBS terbukti secara klinikal membantu menghilangkan masalah senggugut wanita.

No comments:

Post a Comment